Tuesday 31 December 2013

Singa.

Assalamualaikum
Yo. Memang dah berzaman dah sepatutnya aku cite benda yang kena citekan dekat korang pasal cite nie. K. Benda yang berlaku pada 3 Jun 2013...... 
*mendongak ke langit*
"Bangun! Bangun! Cepat siap, kang lambat...!" lebih kurang begitulah ayah mengejutkan kami berlima. Tetiba kami en? Kami disitu bermakna my siblings. So, dengan gagahnya kami bangun dengan mata terpejam sbb penat dgn aktiviti semalamnya. Aku tau korg faham ayat tu. Macam tak pernh buat pulak. Btw, 'semalam' punye cerita... sudahpun kuceritakan...  'semalam' punye cerita . Beberapa minit sebelum subuh rasanya ayah kejut kitorg. So, I'm the first yang mandi sbb kitorg bermalam di rumah atuk yang hanya ada satu bilik mandi. Sape cepat dia dapat lah kan. Lepas gedebak gedebuk gedebak gedebuk kami bersiap, breakfast lah skjp. Then baru grk ke satu tempat yang kami janji dgn orang untuk tunggu disitu. Sbb kami mmg tak tau pape pasal tempat yang kami nk pergi nie.
Baju peplum tu menjadi pilihan hati. Nak tau cerita 'peplum' yg aku pakai tu? Act, peplum yang Sofea (kiri sekali) pakai tu is mine. And yang aku pakai tu, dia punya. Yang aku punya beli dekat Hari-Hari je tapi dia punya beli dekat pasar malam sbb mlm sblom kitorg blk Johor tu baru dia sedar dia takde baju blue.. And aku rasa dia punya baju tu lagi branded dr aku punya. *Cehhhhhhhh* Waktu pagi tu, aku pakai baju tu. And she said "Gemuk nye.." -..- Rasa kuajaq je dia ni, naseb adik sendiri. Then dia pakai peplum dia, ok je. Tapi mmg aku rasa ketat tau baju aku tu. So, ibu decide... aku pakai baju Sofea dan Sofea pakai baju aku... Tadaaaaaaaa. Naseb muat. Tujuan entry nie bukan sbb peplum. Jadi, sambung baca...
That's a hint. Dah kalau kau nampak singa tu, ada rasa macam dekat New Zealand? Tak enn.. 
About an hour jugak kot beratur dekat tempat yang kena bagi passport suh mereka-mereka tu check. Dengan boot kereta yang kitorg tumpang tu sekali dorg check. Btw, on that day... kitorg naik kereta Innova drive by someone yang dikenali oleh adik kepada ayahku atau bahasa mudah nye, pakcik kami. Disbbkan naik kereta more easy then flight, so... decide naik kereta je ke Singapura. Then dah sampai tu snap pic a minute then beli tiket. Sekali dah masuk dalam......
Haaaa kau! Tsunami manusia. Memang orang bersabar je boleh tunggu. Kebas jugak kaki nk menunggu ni. Sekali dapat orang jenis yang memotong barisan nie mmg rasa macam nak sembelih jgk dekt situ. Tergedik gedik konon tak perasan family aku dkt belakang, mmg aku pandanggggg dorg. Nnti dorg rasa macam mata dorang dah tembus sbb aku pandang lelama,... dorg pegi barisan lain. Lol. Kesah pulak. 
Act, mmg banyak kali kena tunggu on that day. Dah boleh letak tittle "Queue Day" enn. Time nk beli tiket kena beratur. Time lepas beli tiket, nak masuk dalam kena beratur. 'Aiman tak kesah' tu mmg digunakan. 
Nampak tak ke'tourist'an-nya? Hahaha.. Dengan map nye. Kau kalau masuk tempat tu x ada map mmg cari pasal enn. Kau ingat USS tu kecik macam sarang semut? Nak cari toilet pon kau guna map tau? Tak enn..

At first lepas belek-belek map tu, jalan teruih je... nampak benda 'melengkor' yang setiap kali orang naik, terjerit-jerit. So........ game pertama kitorang naik.......
Nampak enn dkt TV tu? Elmo. Hakhakhak. Kesah pulak kitorg kalau korg cakap macam bebudak. Parents aku dh bayar tiket masuk, kau nak main SEMUAAAAA game berkali-kali pon boleh. Tinggal rajin tak rajin je kau nak menghadap line yang panjang gilelelelele.. Game ni pon boleh tahan gaklah aku cakap. Imaginasi tinggi. Gayat pon ada. Tapi, nice ><
 Lepas dah main game tu, ada feeling2 nak jumpa Elmo. Sbb suara dia comelsss lh aku kata enn..
 
Bukan dapat Elmo je, dengan kawan dia sekali dpt. Lewls. Nasib baik sempat. Leps kitorg bergmbar, pekerja yg kena jaga menatang dua ekor tu kata tinggal satu group je boleh b'gamba dgn menatang tu. Pastu dorang blah ah. Mungkin orang yang pakai mascott tu dah terbako duduk dalam tu lelama. Panas bak hangg aku cakap nak pakai mascot.
 On the way ke game seterusnya, kami melepasi tempat masuk Roller coaster maut yang melengkor-lengkor tu. Nak main mmg pikir banyak kali, sbb 'semalam' punya roller coaster pon macam nak terkoyak mulut aku ditiup angin. So... kami truskan berjalan...
Memang game the best lah aku cakap. Kau masuk bangunan 'Egypt' yang nampak original tu, kau tau lah camne dalamnya. Game indoor and gelap. Jalan nak masuk tu pon not bad. Time nak main tu hanya Allah dan CCTV dalam tu je tau. Eh, yg buat game ni pon tau. Yang dah main pon tau. 
Lepas rasa macam dah sehari berjalan sambil berhenti seminit dua untuk membasahi tekak-tekak kami kering kontang.... berhentilah sekejap. Refill botol dekt tempt refill. Lpstu sape yang tak menahan nk buat bisnes dlm bilik air, buatlah. And game after this, mmg naik balik semangat 'kesukanan' aku tu.
Mmg kitorg kira beriman ah nak tunggu giliran sampai dkt 'kenderaan' game tu. Sejam kau tau! Tempat queue pon unik kemain. Siap spek 4D. Walaupun menyeramkan yang amat ah aku cakap, tapi seram2 pon... this is my favourite. 5 STAR . Kemudian kami ke istana berdekatan. Tetibe.
Istana Shrek for me. This is not a game but yeah, awesome jgk. Benda tak duga dorg buat dkt pelancong. Budak2 menjerit. Semua ah. Hahaha.. Mcm Horror pulak bunyinya. 90% budak2 yang masuk, kau rasa horror ke? And dah berapa jam korang rasa kitorg dalam tu? Aku pon tak hengat. Benda dah lepasssssss (sbb lama sangat so 's' tu byk) Kami pon mendapatkan pendapat masing2 untuk keluar dr USS tanpa sesalan. So, semua stuju. 
Kami menuju ke Malaysia. Lol. Lawak hambar. Dah kalau menjerit2, beratur, amik gambar banyak2 kau tak rasa lapar? Amik gambar tu, tak kot. Kami menuju ke kedai makan. Lama jugak nk ke kedai makan, sbb kami taktau kedai makan katne. Yg ade pon yg jual 'sweets'. Lastly, kami kembali ke USS. Cuma tak masuk. Kat depan tu je ada kedai makan.
Kami merantau di sekitar situ sendiri. Act, bukan sendiri. Sefamily. Naik punya naik punya naik, jumpa singa tu. Then, hujan. Stop dkt kedai cenderamata atas tu. Mencabar gak time tunggu tu, sbb seblh kedai tu ada KFC. WALAUPON baru makan, kami masih lapar. 
 Yup, benda nie pon favourite gak. Sesapa yg gayat, mohon hilgkn gayat anda. Menyesal weh kalau x naik. :P Naik tu mmg bese2 je. Dekt seberg perhentian tu pon bukan ada mende pon... tapi time nak turun tu mmg ermmmphhh lgh aku ckp. Bukan turun dgn mende alah nie... tapi......
Nie hah. Dkt atd sebelum nk turun tu, adalh dorg buat tuto cara nak kawal, nak brek, nak lajukan. Perghh. Excited. And the most jealous moment is, my brother (in that pic) dpt naik dua kali. Disbbkan kami 7 org.. so ada 1 free ticket. So, masing2 berebut gak. Last2, hantar dia. Hahah.. 
Hilarious moment. Act lepas tunggu my brother turun dr situ... kitorg dh sakit2 kaki. We decide to rest. Tapi, takde kerusi. So, berenti tepi jalan tu (takde kenderaan lalu lalang pon) then dpn tu ada bangunan yg buat aktiviti jgk dlm tu. Bangunan tu dikira mcm byk 'glass' lh. Sbb cermin dia penuh tau. Then me, my brother and father ternmpak sorg pekerja tgh lap cermin tu lh. Terpukau gile tgk. Sbb cara dia bersihkan tu UNIK. Mmg gamba atas nie CANDID abes ah. xD
Yup. It's night. Kitorg berjalan semula ke tempat dimana kami naik ke USS. Disbbkan kami janji dgn org yg menumpangkan kami ke sini untuk blk pada jam 9 malam, jadi kami duduk2 di tempat menunggu / ltk kenderaan. Nampaklh bas, kereta, lori lalu lalang. Org melintas. Orang mengejar bas kerana terlalu leka shopping. Orang Singapore yg berjalan begitu laju. On that time, ayahku, abg2ku sudhpon terlelap walupon tmpat tu bising. Penat WOI. Pastu barulh 'org tu' tibe. Dan speed yg mmg speed ah, kami bertolk semula ke Malaysia. Mmg aku cakap org Singapore nie bawak kereta laju. I mean it, LAJU GILE. Bye.




Thanks for reading

Saturday 2 November 2013

#Branxton

Assalamualaikum
Mesti korang pon macam  "Amende ah Branxton tu. Nama makanan? Nama kwn? Nama boyfriend?"  Semua... SALAH. Act, ni nama group untuk kelas ku yang terchenta. Haa kau. Terchenta. Zaman bila punya ejaan ah aku gali. -_- Tapi kitorang bukanlah macam Drewson ke.. GangSista ke. Nope. Baru je cadang nama ni. 
Sebenarnya, ada yang takde dalam gamba ni. Sepatutnya dia ada dalam gamba ni, tapi dekat gamba ni dia takde. Atau lebih ringkas........ tak datang. Get it? K. Ayat tu mmg nak konfiuskan orang. Actually, kami berwarna warni dalam gambar tu sbb ada jamuan kelas waktu last day sekolah. 
Bukan last day sebenarnya, 31 Oktober tu dah last day, and kitorg rancang 1 Nov buat jamuan sbb takut lambat2 ada yg takde dkt sini dah. So.... jamuan kitorang just guna duit kelas dan makann yang kami bwk. Simple. Kelas lain pon buat, tapi... tempat lain lah. Nvm. So on that day, me datang lambat sbb ada transport. Yang datang awal ni sbb ikut bas dan.... mungkin saje datng awal. Time sampai tu.. mereka2 dia ats tu menunggu makann dgn sabar.
Oh ya! Kitorang just makan mi goreng, nasi goreng, and banyak lagi. Act, 'just' dekat depan tu boleh buang.  And menu best yang menyebabkan mereka2 tu datang ialah....... Kepci. Eh, KFC. Budak comel je panggil kepci. Disebbkan ada cawangan kepci yang dekat dgn sekolah yang hanya boleh pergi dengan berjalan kaki, so we decided to order it. Lol. Jangan percaya ah boleh pergi dengan jalan kaki. Itu semua poyo.  Cikgu yang pegi ambik KFC tu. And kek, ditemani oleh Syafiqah dan Uzma. Sementara menunggu, tak salah an kalau kitorg camwhore. 
"Kalau salah pon guwa tak kesah. Guwa guna phone sendiri. Eh tak, phone bapak guwa." Selain camwhore, siapa yg buat bwk phone and ada internet dekat phone, then ada apps Twitter... sampai dekat guwa.. mmg guwa twitjack. Yang jadi mangsa nye Syukri je. Dia yang bagi. Mwahaha.. 
.
.
.
.
.
.
.

Tibalah guru kelas kami yang awesome muah muah ke kantin di mana kami berada dengan membawa KFC dan kek. Wahhhh! Semua dah menganga sambil menitis air liur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kerana kelaparan sebab tak breakfast. So, sebelum mula makan, me and Lia perlu ke bilik guru untuk menjemput guru-guru yang telah mengajar kami erti kehidupan tahun ni. -,- Dengan ikhlas nya kami menjemput cikgu. Tapi, dah amik makann lah. Gile tak amik. Mau smpai kantin, kosong bekas makann tu. Makan lah pinggan polisterin tu.
Act gambar nie lepas guwa habis makan. Tapi Piqa belum. Sorry awuck, iteww kacau awuck. 
Itulah cikgu kesayangan muah muah a.k.a guru kelas Branxton, Puan Salmiah. And kembar guwa yang lain mak lain bapak lain keturunan. Yang sama nye tarikh lahir je, Adziq. Lepas kekenyangan, kegendutan, kesendawaan semua orang... and ada makanan yang belum dihabiskan, kami menjemput pelajar2 yang ada dekat kantin. Sekali sekala sedekah beramai-ramai. 
All this, kitorg bagi dekat cikgu2 yang mengajar kitorg this year disebbkan time kitorg jemput tu, masing-masing ada hal. Comel enn? xD Sementara Alia, Me, Adziq dengan Syukri hantar.. yang lain kenalah kemas. Takkanlah abg2 akak2 makcik2 pakcik2 pekerja kantin tu yang kena kemas. Bak kata orang selalu, "Pandai makan, pandai kemas"
So, after mereka kemas, kitorg dah sampai ke kantin semula... apa lagi, last meet kot tahun ni. Lepastu ada yang pindah tahun depan. Ada yang jauh, ada yg dekat.
 Mata masing-masing melilau. Banyak kamera nak dipandang. And all the picture di 'snap' oleh kakak2 form 4. Thank you akak >< And I don't know why Zul kena pegang bekas KFC tu. -_- After that, buat kerja gile ah. 
and baru teringat, ape guna sekolah tu ada rumput kalau diabaikn. :D

 And gedebak gedebuk gedebak gedebuk posing, kami pon bersurai. Sbb dah 12.30. So.. it's the end of our jamuan kelas. Till we meet again #Branxton 



P/S
-Klik pada gambar
-Kalau taksuka dediam. 








Friday 30 August 2013

Gile-gile


Assalamualaikum
Jawab salam dulu ye, dan teruskan membaca. Sebenarnya nak buat entry ringkas-seringkas ringkasnya. Tapi, ringkas aku pon selalunya panjang. 'Ringkas sangat' *tangan dibahu mata ke atas* Dan cerita pasal RAYA 2013 bagi 3 Jujur. I think, dalam seumur hidup aku bersekolah, tahun nie meletop habis. Serius. 
 nie yang dorang raya rumah aku. Macam ape je aku tunggu dorang dari pukul 12 sampai 2 lebih. Risau dorang datang time me tusyen. Last2 datang pukul 5.30. Cause me suruh datang pukul 5.30. Balik tusyen cepat2 kemas sikit makanan. Ingatkan dorang boleh makan kuih je. Naseb baik ibu buat bihun goreng. 



Dorang balik, habis bihun dalam bekas tu. Besoknya tanya dorang, rumah aku yg keberapa. Then dorang jawab ke 10. Mesti lapar tahap gaban dorang. Rumah ke 10 pon semangat makan. Btw, thanks sbb sudi jugak datang. Maybe, sbb aku paksa. Tapi, rumah kesepuluh pon korang sanggup datang. Mesti penat an. Makannnnnn je sehari. Lewls ~
_______________________________________________________
28.08.2013
Still beraya. Cuba korang tengok kalendar. Hari sekolah an? Kesah pulak. -,-  Tapi, baju raya kami unik. Semua sejenis je. Serius. Nak tengok?
Smarttt... Beraya pakai baju sukan? Pon boleh. And kami just berjalan je dari sekolah. Act, hari tu ada ujian SEGAK. Tu pasai lah, kitorg berpakaian sukan. Warni-warni jugak kan. Mwahahah.. Just takde bunga-bunga. Kami dari sekolah dalam pukul 1 lebih. Then, singgah rumah Nadiah seminit lebih sebab dia nak letak beg. Lepastu sambung perjalanan merentasi jalan raya dan semak samun.
Tapi, dalam perjalanan ke rumah Safri, ada satu masalah. Masalah paling BESAR bagi........ Alia.
Mesti tak faham. "Apalah minah nie merepek. Masalah ape?" Ok. Actually, tengah jalan2 dekat semak tu ala2 tengah photoshoot, Alia nampak longkang. Tetibe jerit. Takdelah jerit "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!" Jerit2 manja gitu. Kitorang tanya lah kenapa. Jawabnya, takut nak seberang longkang. Sebenarnya sebelum semak tu pon ada longkang. Tapi, kecik. Yang nie tinggi sikit. Semua macam "Sini tangan kau" "Lompat je Lia" "Kau pegang tangan aku, cepat ah" Haha.. comel je kawan-kawan aku nie. xD Alhamdulillah, Alia berjaya lompat tanpa bantuan sesapa. Yay!
Haa.. yang jadi photographer on that day, me ngan Syafiqah. Jadi, photographer kan. Mana ada gambar dalam kamera. Sedih. Sobsob. Sebenarnya perjalanan tu x lama pon. So, dalam 5++ minute , dah sampai rumah Saf. (x igt berapa lama, sbb x tgk jam) Sementara tunggu Saf prepare segala benda dalam rumah dia, kami2 yang lain nie photoshoot seminit. K. Tipu. Seminit mana boleh photoshoot. 


 Gambar sendiri takde. Menyedihkan. Mendukacitakan diri.k. Touching pulak. Then, Saf dah panggil, kitorang masuk tanpa segan silu. Eh, segan lah jugak. Menanggalkan kasut masing-masing, tinggalkan beg di luar. Cari mak Saf. And, mak dia tgk masak. Kami yang gegirl nie pon bersalaman dan tolong as a girl an. 
Bayangkan gegirl seramai tu tolong setakat potong nasi impit. Sudahnye yang buat keje Alia je. Pisau ada satu je. Then, tgk singki penuh, basuhkan lah pinggan2, mangkuk, kuali periuk segala. Lepas dah habis basuh tu.. rasa macam "haaaa..., kosong dah singki". K. Hahaha.. Selain nasi impit tu, mask Saf buat Spaghetti. Aumm :3 Perut masing-masing macam rimau. Lapar k. Pastu kitorg cadang, just buat mcm buffet. Masing2 amik cepat2. Sape lambat habis. 
Lepas makan, basuh pinggan lagi. Mmg rasa macam rumah sendiri. Kesian tengok mak Saf buat kerja sendiri. So, dekat dapur rumah Saf mmg gegirl. Kitorg suruh mak dia jaga adik dia je. Disebabkan kitorg yg beria-ia nk dtg rumah dia, so.. kena rajin lah. Pastu solat Zohor. Habis solat zohor baru rasa lega. Lepak depan TV.
Sape kata Cinderella tak main game? Huh? Huh?
Iezz yang paling khusyuk tgk TV. Aku tak tau dia faham ke tidak cite tu. Aku cuba untuk minat cite tu, tapi.... failed. I can't. Cite tu mengejut-ngejut. Sikit2 meletup. -,- Gelak sana, gelak sini.. tuptup dah pukul 3. Cadangnya nak stay rumah Saf sampai petang. Then, kesian dekat maknye. Kami pon salam untuk balik. Dan, dah dapat duit raya. Pakai kasut, tengok luar pagar, *hujan rintik-rintik, air bergelora* dengan segan nya, kami masuk semula ke rumah Saf. Maaf Safri. You know what, kitorg x de benda nak dibuat. 
 Memang yang pegang kamera nie tangan Nadiah jelah. Almaklumlah, tangan beliau kan panjang. Huh! Beliau kau! Hahaha.. A moment boring time tu, me, Syafiqah ngan Alia kluar. Dkt luar tu ade meja ngan kerusi. Duduk ah kat situ. Then, ada satu misi gile habis. Serious. Berdebar-debar. Takleh bagitau. Then, gedebak gedebuk gedebak gedebuk dah 4.40. So, tgk tak buat pape tu.. kitorg pon solat berjemaah. Adziq jadi imam. Lepas solat tu, sambung tak buat pape.. Mak Saf nampak.. lepstu dia suruh kitorg makan lagi nasi impit yg tinggal tu. Si Mail pon...
Faham. Sikit2 lapar durh -_- Nasib baik aktif sukan. 
Sesi kenakan orang. Layan jelah.
Kesudahannya, kami semua bersurai pukul 6.10 rasanya. Nie betul2 balik. Kami tak masuk balik rumah Saf. Thank you Safri and family. Rindu satay, rindu nak basuh pinggan sama2, nak solat jemaah, nak gelak-gelak, rindulah ape yg jadi haritu. Terima kasih 3 Jujur yang join haritu. Terharu :')




 -Klik pada gambar-
-Thanks for reading-