Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, 11 September 2016

Six Pack

Assalamualaikum
______________________________________________________________________

WARNING !!

ENTRY NI TERSANGATLAH LAMA. I MADE IT, THEN I FORGOT WHERE I KEEP IT. LOL. IT'S A MAJOR THROWBACK GAISSSSS
GAMBAR PON ENTAH KE MANA GAISSS OMAIGOD

______________________________________________________________________

Em. Cuti dah nak habis gaisss. For those yang masih bersekolah lah ehh.. Umur 17 ni, rest lah korang sebulan dua ni. Yang nak keje, keje lah engko. Tapi aku pon 17 dan masih study. (nak lari dari cakap sekolah enn) Well, kelihatan muda what kau belajar sampai 19 tahun. Hahahahaahahahahahahha (tahan sedih ni)

Anyway, yang korang dok post post kat insta, twitter, pesbook.. pasal vacation / holiday dengan bae memasing, ingat aku tak heran? (read again) Aku heran gaissss. I’m so jealousy of you gaiss. Takpe, not this time kot kitorang holiday

Tapi selain dari aktiviti tetap time cuti ni iaitu mereput, aku juga ade lah se-hiking dua. Satu not so tinggi. Satu lagi bukan tahap Bukit. Layak dipanggil Gunung.

Yang follow life aku dekat social, taulah kot aku mengadu. (especially twitter) And for your information, bukit pertama ni not so bukit sangat pon. Saje nak memanjat enn. Dekat pulak tu dengan rumah. Hahahahahaha

Yang kedua, ni haa diaaaa

Yang dah pernah ade experience memanjat ni, wa tabik sama lu lah weh. I swear, it is soooooooo tired -__-

For those who say “Alah, acah je minah ni. Kau yang lembik”
Kau rasa 3456 ft / 1053 meter ni tak tinggi? Pro. Gentle kau pro. Even paling sekejap pon aku rasa paling kurang pon 2 jam setengah? Yang biasa biasa pon 3 jam weh.
Otw mendaki ni, memang ade sungai. At first memang kau akan bukak kasut stoking bagai. Tapi, time turun tu, kau nak angkat kaki pon entah boleh entah tak enn. Yang penting time turun, aku redah segala air. Lol. Lecak enn.
Oh. Nak cerita sedih sikit ni. Kitorang sampai puncak, dah gerimis. Plus, kau tau puncak enn.. hujan enn.. Perghhhh kabus dia weehhhhhhh. Sejukkkkkk. Kabus dia not so tebal macam asap vape hengkorang tu (not me). Tapi sejuk dia memang tak dapat ditangani.
Sampai atas, ape lagi.. makan ahhh. Ala, pasni turun enn. Gelongsor jelah. Lol. Not me. I’m not eating. Em. Roti jelah. Nak ambik gambar pon, tak mampu. Lagipun, tak Nampak hape wehhh.
The things that I like about hiking is, semua orang peramah. Even aku dah selekeh macam ape, girls yang lain still senyum at me walaupun tak kenal. Cuba kalau dekat mall kau buat camni, gentle kena mention sebab senyum ntah pape. Atas tu jugak, others hikers semua sembang macam dah kenal lama. Time nak turun, semua akan cakap “See you again” “Jumpa lagi” “Bye”
Turun? Gelongsor. Hahahahahah. Yes, I do that. Tanah licin kot. Buluh semua licin. So, jatuh dan aku memang tak dapat dipisahkan. Lantak kau. Yang penting aku sampai dekat kereta dengan selamat. Time turun tu, adelah berhenti rehat sekali dua. Sebab aku decide, kalau berhenti banyak… kaki menggigil + my leg will give up. So, semua orang aku tinggal. Dekat parking, aku duduk je atas batu batu batu tu. Hahahahha. Yes. Safely arrived.

Thanks akak team leader, akak akak lain plus abang abang caring. Especially my own brother yang aku tinggalkan je time turun time naik. Hahahaha. This will be hardly to forget it and I will not forget it.
 
Yang nak try, you MUST try. Tapi, yang TAK AKTIF macam aku ni, kena tahan sikit cramp satu badan sehari dua. Watlek. 2 hari je. Bye.

Thanks for reading

Do read, do follow


Friday, 3 June 2016

Tripletsss

Assalamualaikum

Em. Yup. Long time no see ye blog *lap skrin laptop jap, habuksss*  Well yeahhh. Hm. So, we start with this week. 

Last wednesday, as usual kalau cuti sekolah... kau bosan. Rasa rasa ape yang kau rancang dengan member? Makan. Wayang. Jalan. Window shopping yayyyyy. Hahahaha. Haa tu lah yang kitoranf buat. (This is so awkward cause dah lama tak menaip sebegini panjang uhukss)


Since ceah stay lain tempat dengan kitorang (that is me and wa), so we deal to meet dekat Putra. Yup. Sunway Putra je mampu gaiss. Like seriously kitorang bertiga ni, which is me, ceah and wa.. one of us pon tak pernah jejak situ. Jadi memang kena cari papan eletronik empat segi tu (like map) hahahahahaha and search where is TGV Cinema first . Sebab sampai situ pon dah 11 lebih, makanya ... tengok wayang dulu lahh.


X Men hm. Not bad. Like seriously. I'm not so good in rate something but, cerita tu boleh tahan for those yang 'cepat tersentuh' hahahaha sediakanlah tisu ye. Kami bertiga dah lalui. I'm not kaki wayang. Lol. Sorry. So, memang aku rasa orang dalam panggung tu boleh buat member. Gentle sikit gile yang ade. Maybe cause we're too late to watch that. Hahahaha. Lame. Our row jangan cakap lah weyy kosong gilee hahaha.

After 2 hours kot duduk dalam tu, so..... makan lah, ape lagi enn. We walk and walk and walk. Jalan je Janji jumpa kedai makan enn. First place for our food hunting is Manhattan Fish Market. Since nak buat food hunting, so .. we ordered one meal je. Nak merasa je. Okay, not so bad. Pedas pon... Tak pedas mane lah. Tak pedas pon. Hahahaha.



But well, manusia buat kesilapan. We ordered code lain, the guy yang ambik order tu dengar lain KOT. Hm. Kot lah. But nasib baik kitorang tengok balik resitu tu. Actm its not resit its more to list yang kite pilih. But without price. Haa. Get it?

Then, it takes time lah. Macam biasa. While tunggu makanan tu, search lah jap nak try ape lepas MFM tu. (Baca sampai habis kalau nak tau hehehehehehe)



So we eat and eat and eat and eat. Okay, nak rate pon, aku bukan chef. Kau pegi lah try sendiri. Lol.

Next place is...



Yup. Boat Noodle. Sebenarnya nak order pon tak reti hahahahaha. Dalam 5 minit jugak ler belek menu. Baru belek, tak pilih lagi. Hiks. Lepas dah buat keputusan tu, we write it on the paper then bagi pekerja tu lah. Ape lagi. hahaha
Sembang punye sembang punye sembang, sampai jugak. Tu pon baru satu mangkuk. Kitorang order, about 3 types of food and 1 air. Mangkuk lain sampai, hm. Salah pulak aihhhh. Aduhhh. Again, people do mistakes.

And their mistakes AGAIN after salah hantar order is they are toooooooooo late. I mean it. Lambat nak mateyy and we're starving. Even Wa sempat pegi beli Subway dulu, baru order tu sampai. Itu pon lepas Ceah mengamuk. (lol. Mengamuk) But then, we still enjoyed it. 



Makan in fastest way we can. lol. Cause rancang nak balik pukul 5 but, pukul 5 baru keluar dari Sunway Putra. Dengan ceah yang baru lepas makan berlari kejar train dekat seberang but she did it yayyy hahahaha

While aku dengan Wa mereput tunggu train hampir sejam. Eh. Sejam kot. Demam ape entah train lambat gile that day. But Alhamdulillah sampai dengan selamat di Rawang ye anak anak.





So, video food hunting ade dekat youtube. You can just find me - Izaura Izzaty or click this link
cara kami makan yang tak berapa nak senonoh hahahaha
Kau tengok kitorang makan cemane. senonoh tak senonoh. Hahahaha. Dan mereput time tunggu makanan

Do read, do follow

Thanks for reading

Sunday, 22 November 2015

I A Vacayyy

Assalamualaikum
Em, so…. How’s life tho? Hahaha. Berjuta ribu puluh dan segala nilai yang ade I want to say lah cause I really am busy person sejak dua menjak tiga menjak ni. So, I don’t think I have a time nak tunggu blog ni habis berpusing pusing cam hape enn. (except ade yang nak sponsor internet after this)

This is really a long throwback ah aku cakap awal awal eh. Tapi lama mane pon, tak kalah lagi bujang lapok lah eh. Zaman mereka mereka tu pon aku tak wujud lagi apetah lagi ade roh enn untuk ber vacation.

Vacation? Yup. Aku ni kalau bercuti ni jarang senyap senyap camni. Sebab kebanyakan hari kami mereput berbanding berjalan. Jadi, where do WE go now? Keep on reading bebehhhhh

I bagi hint dulu ehh. Lol. I? The place yang kami pergi ni perlu lah menaiki feri ehh anak anak. Sis tak sanggup nak meredah lautan tu walaupun bukan lautan api sebab sis minum nescafe panas pon kena tiup. Hambar weh.
Susah lah kalau asyik letak gambar lelawa je enn.

Agak agak dapat jawapan idok? Tak kesah dpat ke tidak, hadiah takde eh. Sebab benda ni dah lepas. Jadi kami pon pergi lah menyewa van kerana jumlah ahli 7 orang yang kau rasa, muat ke naik kereta biasa? Hm? Hahaha
Btw, mereka sediakan motor, van and kereta ehh kalian. Jadi, make a decision wisely ehh. Van comel cause warna pink. lol.

Sebelum ke hotel, we visited few places.

Tapi, for those yang anti social, “jangan kau berangan nak buat live update”. Faham sikit ehh, ni pulau. Nak bercuti, buat cara bercuti. Maghoh ni, maghoh.
So, we got the keys for 2 rooms. The boyssssss 1 bilik, and yang lain satu bilik lagi.
About 1 hour jugak rest dalam bilik sebelum ….
 Life jacket yang buat kau rasa badan ringan terapung apung di udara, from Laguna Water Sport
 
Yup. We’ve got an activity to do gaissss. Teruskan membaca dan mohon jealous.
I’m in front -_- . kau tau dia punya bawak laju kemain aku rasa dah boleh terbang bot tu kot. Ni gentle. Tak tipu. Ketaq gak jantung, tangan, buntukk duduk depan. Dah ah macam nak terbang, kena tampar dengan air laut masin gile bakhanggg. Nak sweet sweet pon jangan depan orang.

Then, the last place, kami diberi tempoh about 1 hour. Em, sebenarnye bukan diberi eh. Decide sendiri. So, kami mintak sejam jelah and regret it. Why? 


Walaupun berlumuran darah…. Em. Acah berlumuran. Takat luka tanpa henti, tersiat kulit sikit… apedehal. Sis strong whattt. Masih tak cukup sejam tu weh. Sebab sangatlah gempak especially yang tak pandai berenang (like me. It is a secret. Shhh), memang time tu kau rasa pro lah weh. Dahlah sentiasa terapung, dapat tengok ikan. Tambah lagi dapat bagi ikan makan dan terliuq sikit ah cause kitorang memang tak lunch sbb nak berenang. Tak memasal air laut tu bertambah perisa pulak enn.

Lepas dah dibawa pulang, kau ingat kitorang balik teros? Salah. Tekaan mu salah.


We swim again and again. At first, kitorang berenang dekat area boat tu park nak turun naikkan orang, tapi tak lama. Kang tak memasal peristiwa berdarah pulak kat situ enn. Makanya kami beralih. 

Dengan cara berenang.

Almost 7 jugak kami habis beraktiviti. Walaupun time snorkelling tu pakai jam, saje buat tak Nampak enn. Tengah syok weh. Tapi yang tak syok time kau sedap sedap kuak lentang semua tu sambal tutup mata, ombak pulak tolak kau. Bukak mata, kau dah terpinggir dekat pantai tu enn macam dugong.
 
Malam? Takde cerita kot. Kau rasa kalau dah berdarah kaki kau sampai nak mandi pon fikir banyak kali… larat ke nak berjalan? Haaaa.. idokk en. Makanya, our first day.. end there. Tapi, next place pon gempak jugak.


 Hm. Teka pat.

For those yang tau, tahniah ! Anda traveller hebak. Yang taktau, sinilah. Jangan nangis. Aku cite mehh.
Sebenarnye idea ni tercetus time nak ke jeti tu. Alang alang kat Perak, rugi lah tak singgah Kellie’s Castle. Yup. Singgah je weh. Dapat setengah jam kat situ pon okey apee..
Btw, setiap bilik yang ade dekat castle ni semua bersebab. Tapi, yang tak sempat siap such as lif rahsia semua tu sebab tak ‘berkesempatan’ ye anak -anak

Tapi memang nak cite, tangga tempat ni memang boekk lah weh. Dah lah takde pemegang, kecik em. Silap langkah, maka jadilah kamu macam owner castle ni ye. Arwah.

Bilik rahsia jangan cakap lah. Seronok main sorok sorok situ. Tapi, jangan main lah. Nanti ade pemain tambahan susah pulak enn. Nak pesan jugak ni, bergambar tu elok sikit eh, takut ade ahli lain macam...
 Ni lah dia haa. Nak bergambar sorang, jadi empat haa.. Muka muka penunggu castle ni. Sabo jelah den.

Habis? Kan aku cakap singgah je. Tak banyak benda lah. Ramai datang sebab kalau photoshoot situ memang lawa. Jadi, it’s a wrap guysssss

Keep on reading gaiss
  
Do read, do follow

Thanks for reading





Friday, 1 May 2015

Trip Oh Trip


Assalamualaikum

Now 1 May, and my last update was on March. Good job *clapping* Hahahahambarr.
Based on tajuk lah, kali ni pasal trip. Lol. Acah-acah mat salleh kejap. Toksah ah nak bash. Hahaha. 
.
On 25 April, Sabtu haritu.. kami ke bandar bersejarah. As usual, kalau trip sekolah, takde makno aih nak pegi Pavilion. This time, kami ke Melaka. Fyi, Kali ni.. KV kami menghantar wakil 4 bas untuk ke Melaka for a day. 4 bas tu berlainan jenis. I mean... 
  • Persatuan Bahasa Melayu ( baju batik )
  • Persatuan Bulan Sabit Merah ( Baju warna merah / PBSM clothes )
  • Kelab Sejarah ( Baju hijau )
  • Aircond course and Pengawas Pusat Sumber Kolej ( Baju bengkel / baju oren )
But...... sebelum pergi A Famosa and the nearest place.. cikgu bawa kami ke MITC Melaka for ...



Time tu, memang aku on Instagram penuh orang post pasal MITC ni and I was like, "Mane dorang?". Cause we were on the same place, tapi x terserempak. Haihh. But, It's a worth it lah kalau yang nak cari novel2 lama or badges or whatever. Murah. Like seriously MURAH. Kami diberi masa 30 minit untuk menjelajah dunia buku tersebut. And Memang taklah kalau tepat 30 minit tu semua kat luar. Besar kott tempat tu.

Destinasi seterusnya .... A Famosa. 
Geng layan KL Zombie dengan Suamiku Encik Perfect 10!

On the way ke Bandar bersejarah tu, we had got a mission. (Acah-acah spy) Hahaha. The mission is, kami setiap bas, ada kumpulan masing-masing. And for my bus (P. Bahasa Melayu) satu group contain about 4-6 people and we have to snap a group picture dekat tempat bersejarah dalam... 4 keping camtu.




So, this is my group. Syok weh. Like seriously.. even penat mendaki tangga tu, tapi memang berbaloi ah weh. Camne susahnya phone besar gedabak, snap using monopod.. betapa vibrate nye tangan. Jumpa akak-akak cantik (LOL), jumpa auntie Japan talking to us, jumpa kucing bunting tido like a dead cat, saw a Malacca view and more others.
For my group, kitorang cadang nak siapkan dulu mission tu, baru buat 'misi' sendiri. Lepas dah selfie tu, memang melantakk lah dekat depan Mahkote Parade ( Sorry, I'm forgot the mall's name). The funny thing is, every place we go.. mesti terserempak dengan geng-geng KV jugak. Haih. Dah macam jalan area sekolah dah rasa. Hahaha

After spent time makan sama - sama, tengok jam... dah nak habis dah tempoh masa yang cikgu bagi. Actually, dari 12 something sampai 4.30 kami dibebaskan. Jadi, ada yang berbowling dekat Mahkota Parade tu pon aku tak terkejut. But aku ngan Anis (partner jalan jalan sampai sakit kaki) masih meneruskan perjalananan sampai ke ..


  


Yeah. Jauh bak hang. Hahaha. Imagine, dari Menara Taming Sari ke tempat2 tersebut dan kembali ke Menara Taming Sari within 30 minute. Boleh jee dohh. We are not the type yang jalan acah2 pengantin di tempat yang panas itu, dengan berbaju kurung begitu. Ok.

The last place that we must be on 4.30 but still ada yang sampai pukul 5. No wonder k. Kau hengat cukup ke masa cikgu bagi tu? 



Betapa seksanya nak mendongak tengok benda halah tu turun while tunggu yang sesat tu pulang ke jalan yang benar. Eh, ke  Menara Taming Sari. Disebabkan Persatuan Bahasa Melayu dah lengkap semua, jadi... we are the first yang bergambar bersama.
Family BM
Segala family ade. Hahaha

"And with this memories, we bring it back to our hostel"

Lepas pukul 5, tiada lagi pelajar-pelajar KV di situ. Tersemat segala kenangan di minda dan hati. We continue our way back to KV . Sebelum balik, takkan direct terus ke KV enn. Duit tak habis lagi. Jadinya, kami 'dinner', rehat, 'mengeringkan' duit dalam dompet dan solat di RnR tersebut. Dalam pukul 8 something, kami pon gerak semula ke KV.

This is my story. Hope you enjoy! Sorry for the merepek meghaban part cause I can. Hahaha.


Do read, do follow