Sunday 31 March 2013

Day 3

Assalamualaikum
Ehem. As usual, hari ketiga kami seperti hari2 lain juga. Bangun awal I mean. Just, hari tersebut agak sibuk sikit. Cause kena buat double double and double check dekat bilik. Malam kedua tu malam terkahir kami di resort tersebut. :'( Huhuhu. Tiada Wi-Fi dah. Selepas mengeluarkan beg yang boleh tahan 'kembung' sebab main sodok je, sarapan lah kan. 
Hoho.. tak cukup ahli :( Haha. Then, pegi Danau Malinjau. Serius cantik view dari situ. Rasa tenang je tengok bukit kat situ. :')
 Nampak? Air tu reflect kepada bukit tu. Actually, dekat situ berkabus. Laaaaaaaaaamaaaaaaa gile tunggu kabus tu hilang. Lepas kabus tu hilang, baru nampak air nye. Lepas dh snap sikit2, berkabus balik. Tapi takpe. Janji dpt tengok. Haaa.. Lepas tengok view nie, direct ke...
hohoh.. mencekik pulak. Gerai nie tepi jalan je. That's why menyempat diri jugak untuk rasa Cendol labu limited edition. Haha. Poyo. Limited lah sangat an.. Sebelah kedai nie ade jual lah ala2 makanan ringan sikit. So, as usual haruslah beli an. Just, yang paling syok...
Ade tester. Haha. 'Tester' kau ingat nie minyak wangi?. :P Papehal pon, kami nak lunch jgk kn? Cuma lunch kami dekat tempat yg sama first day tu. Kedai 'Pak Datuk'. Then, dah kenyang... solat Zuhur dulu. Cuma aktiviti kami kureng sikit hari tu. Sebab nak pegi Padang. Malam tu kami tido dekat Padang pulak. Aku tau korang mesti imagine padang bola tu kan. Haha. Jangn buat lawak ah. Padang tu nama tempat jugaklh mcm Bukit Tinggi. Nama hotel kami malam tu ialah... *drum rolling*
Itulah model sehidup semati yang kusayangi muah muah. Haha. Yup. 'The Axana Hotel' lah malam tu kitorang tidur. Cuma an, kalau dekat Bukit Tinggi tu, bilik ibu tengah2 kan? Kalau dekat hotel nie. Bilik masing2 kemaain jauh. Serius jauh. Jauh. Haha. And, me dgn Sofea tidur bilik yang kalau korg kluar lif, direct nmpak bilik kitorg. Haaaaa.. bahaya tak bahaya. Dahlah gegirl an. Lol.So, kami menghabiskan masa survey bilik masing2. Then, lepas Maghrib dinner lah. Yay! Dinner! 
Malam tu makan istimewa sikit. Dapat makan diiringi ombak lautan Hindi. Lewls. Dapat makan ikan bakar + sotong bakar. Cuma! Malam tu ramai kesedihan. Bukan sedih pasal ape pon. Sedih lah makan sotong tu pedas gile gile gile ntah gile brp byk pon x tau. Tapi, kalau yg tak sedih tu, peluh2. Haaa.. comel tak kami makan penuh emosi. -_- Ape2 pon, time dah kenyang perut riang! Yay! then, pusing2 lah sikit dekat Padang tu. Raaaamai orng kluar malam2 an. -,- Time dekat hotel malam tu, kemain boring. Jadi.. tekanlah remote TV tu satu, satu. And, me dapat channel Disney Channel! Yay! Ade jgk cerita selain Indon. xD Kbye
_____________________________________________________________
 Last Day
Hey, malas nak buat entry lain. xD Lagipon cerita pendek je. Pagi tersebut bangun lewat sikit. Cause syok pulak dapat tidur katil yang empuk, luas. Ececeh, Haha. Breakfast turun  dgn family. Lepas dh turun, cari tempat duduk. Then, tgk jam. Lol. 6.55 breakfast? Haha. Awesome. Sesudah menggembirakan perut masing2. Ibu ada kata nak pegi pasar. Masing2 tak nak ikut. Then, ibu bwk Hariz pegi. As a bodyguard actually. Kat situ kan ramai 'pencopek'. 
Jangan ditanya apekah itu. Haha. 
Tau cantik. Haha. -_- Tapi, kitorang kena berkumpul dekat lobi dalam pukul 10.30 lah. Imagine weyh, kitorg habis breakfast pon 7 lebih. Then, me masuk bilik kemas balik ape yang patut. Tengok TV. Tengok jam lambat gile grk. Dengan Wi-Fi nye takde. -_- Then, ibu ajak pegi kolam renang. Me tak mandi pon dekt kolam tu. Malaih nk tukar baju. 
Maaf, model tak berbayar disitu menyibuk. Yang me duduk tu klam cetek je weyh. Sebelah tu ade lagi. Dalam tu, tak lah dalam mana. Cetek jugak. Then, tunggu agak lama lah abg aku dengan adik mandi. Berjemur sambil menghitamkan kulit. -_-
This is what I want. Relax.............. Haha. So, sebelum pergi airport, haruslah SS di bilik.
Luas tak luas bilik kami. Dahlah tidur berdua je. Haha. So, lepas kemas beg. Pulangkan kad bilik. Chiawwwwww! So, the last thing i've do at Indon is.... SS. Yeah. Syok Sendiri. Alhamdulillah penerbangan pergi dan pulang kami selamat. But, bagi kawan2... keychain yang me beli serius sikit. So, jangn kecik hati k kalau x dapat. Me pon sedih sbb tak dapat belikan untuk SEMUUUUUAAAA kawan2. :'( So, Thanks cause reading my long entry. Bye. >_<

P/S 
-Klik pada gambar-
-Gambar di FB-
Bye



Friday 29 March 2013

Day 2

Assalamualaikum
Ehem. Nie entry untuk hari kedua di Indonesia. Yay! Haha. -_- Hari kedua di sana dikira seronok k. Seronok. Our second day kena bangun awal. And, me set jam pukul 5. Set je pukul 5. Bangun 5.3. Lewls. Lagipon ready sebelum pukul 7. Baaaaaaanyak lagi masa. Boleh tido balik. *poyo* Hari kedua kami dimulakan dengan....
 Breakfast! Yay! Breakfast. Haha. Pukul 7 breakfast nye. Kalau jam Malaysia, pukul 8 lah. Haa.. Tapi, kitorang datang awal. Pekerja nye pon blom ade. Tapi, makanan dah tersedia lah. xD After that, as usual... photoshoot of course.
Lepas photoshoot dekat bawah tu... ade pulak..
sesi jual beli. Katanya, mana ade bas pelancong, di situlah ade mereka. Haha, ade yang kitorang nampak dekat kedai makan tu.. dekat resort pon dia jual. Nak untunglah katakan. Tapi, kalau nak beli, kena ade sesi tawar menawar ye dak? Haa.. Not bad lah brg mereka jual. Ade keychain, beca yang buat hiasan tu, baju, baju, baju. Haa... baju tu banyak lah. Uh! Lupe nak tunjuk gambar resort kitorang.
Haa.. tudia. Serius best lah. Tidur mati sungguh. Lepas dah disuruh naik bas, kami dibawa ke..







 Shopping again. Lepas dah shopping tu, otw ke Tasik. Encik Zam ade cakap nak belanja kami semua Kuih Neraka. And we was like :O Apekah? Haha. Lepastu dia cakap, kuih tu dipanggil camtu sebab, atas bawah kuih tu ade api. Comel je kuih tu. Nampak kecik, tapi time makan tu. Baru makan sikit dah rasa kenyang. Tapi takpe, orang belanja kan. Lewls ~
Dalam bas lah makan kuih tu. Sedap. On the way ke tasik pula. Yay! Photoshoot nie best.
Haha. Sape2 yang dahaga or wtv, boleh lah minum dekat situ. I mean, dekat situ ade gerai lah. -_- The next destination is Istano Basa Pagarruyung. Just tunjuk camne bentuk rumah Minang lah. Tak boleh masuk pon. Snap gamba dekat tangga pon bolehlah.
Nielah orang yang pergi. Rasanya nie lengkap. Sesudah bergambar, pusing2 rumah minang tu... pegi lunch lah. As usual dia sediakn makanan. Lauk banyak, lain2 jenis. Sedap. Then, pegi minum teh. Teh nie, kena kacau dengan kayu manis. Motif maybe takde rasa. Idk actually.












Sebelah tempat kitorang minum tu, ade ala2 kilang. Dia just pack kopi. Serius masuk tempat tu.. bau kopi kuat. 
Comel enn. Macam biskut. Tempat wisata (pelancongan) terkahir hari tersebut, serius syok. Lobang Jepang. Atau, Terowong Jepun. Katanya, dulu.. tempat tu dimana askar Jepun menyorok. Terowong pon boleh tahan dalam, panjang. Kalau takde yang mengetuainya, serius boleh masuk, tak boleh kluar. Dengan ade penjara, lubang pengintaian banyaklah.. 
Lubang tu.. dimana orang yang askar Jepun tu bunuh dimasukkan. Bukanlah ade tengkorak dekat situ. Dia masukkan, lepastu mayat tu akan dibawa oleh sungai. Means, bawah tu ade sungai. Seram masuk ruang tu. Dalam setengah jam je masuk terowong tu. Sebab, tak semua ruang kitorang tengok pon. Sebelum balik hotel, singgah dulu shopping. Dia bagi masa 1 jam. 1 Jam untuk shopping, di tempat yang tak tahu serius tak cukup.
Shopping complex nye belakang / depan / kanan/ kiri Jam Gadang nie lah. Ramai lah orang yang jual something yang susah ade dekat Malaysia. Yang nak jadi ala-ala Amir Jahari pon ramai. "Akulah penghibur jalanan" Haha. DOrang menyanyi dengan gitar dorang tu, jalan keliling kitorang. Dah bagi duit baru blah. Semak pon ade. Mane tak nye, dorang nyanyi lagu dorang (Indon). Papehal pon, Kitorang balik hotel pukul 5.30 maybe. Untuk bersiap makan malam pulak.
Malam kedua, syok sikit. First night tu kan abis makan, terus balik hotel kan? Malam kedua nie, kami dibawa tengok Malam Kebudayaan. Ohsem. Alat muzik dorang, then, cara dorang main. Uuuuuu. Laju gile tangan dorang. Lepastu orang yang sama je atas pentas tu. Yang silat pon dorang, yang main alat muzik pon dorng. 
Maaf lah kalau kecik sangat gambar nie. Tengok banyak lagi di FB. Nie half lah yang main alat muzik. Just, tukar2 alat muzik. Malam tu, ade tengok tarian. Tarian ape pon tak dpt refresh. Maaf. Lupe. Haha..















Haa.. Banyak senanya tarian dorang. Silat pon ade.

Dorang2 nie, yang main alat muzik jugak. Haha. Berbakat k. Dan tak lupe, acara paling ohsem. Pijak kaca dan entah ape tapi dia sapu api atas badan, tangan lepastu masukkan api tu dalam mulut. Ah merepek.
Gambar nie blur sebab, time tarian lilin tu.. boleh pulak takde eletrik. Gelap lah dalam tu. Naseb lah ade sorang kakak nie dar Singapore suluhkan dengan phone nye. Disebabkan dia duduk tengah2, great. Agak terang. Btw, yang pijak kaca tu, bukan that boy only. Girls yang menari dari mula semua pijak dengan muka yang tenang. Siap lompat2 lagi atas tu. Imagine kalau kite buat... Uuuu.. belum tentu lepas tu kite jalan gune kaki. -,- Tapi, tak rugi lah kalau tengok persembahan mereka. Walaupon berbayar setiap kepala, tapi berbaloi. Balik dari persembahan tu lbih kurang pukul 10 sampai hotel. Kemas barang masing2 sebab besk malamnye kitorang tidur dekat Padang. Nak tau Padang ape? Nantikan. Kbye.

P/S
-Klik pada gambar untuk tumbesaran. LOL
-Doa2kan ade masa update blog untuk hari ke......3. xD

Indonesia (Day 1)

Assalamualaikum
Ya. Indonesia. Ya. Haha.. Cuti kali nie seminggu an. Dengan kerja sekolah yang bertimbun diberi oleh cikgu2 kesayangan di SMKBS2. Muaaahhh cikgu. Maaflah cikgu kalau ade yang tak sempat buat. Cause, I can't bring my homework to Indon. Kalau tertinggal, nnti kena sambung cuti lagi an. That's why tak berani nak bwk. -_- Poyo k. Poyo. Btw, tajuk tu langsung tak memberangsangkan otak. Nak tau, bacelah cerita nie yehhhhhhhhhh... Kitorg sekeluarga stay dkt Indon tu dari hari Isnin (25.03.13) sampai Khamis (28.03.2013) so, byk kot entry yg akn dtg.
______________________________________________________
 Tepat pukul 1.30 pagi, kami bersiap untuk ke sekolah. Cause our flight pukul 7.30. Awesome. Tapi, kami gerak ke skolah pukul 2.45 like that lah. Jalan lengang je pagi2 bute tu. Haha.. Semua orang tidur. Lengang lah jalan tu.
Eyebag terkumpul ye time tu. Haha. Dan, kami sampai skolah dalam pukul 3. Ye. 3 pagi. Sementara tunggu lagi beberapa orang tu.. sembang2 lah sikit. Actually yang pergi tu 15 orang je. Serius 15 orang. 

  Sad thing time tu, sebab my second brother tak boleh ikut. Uhuhuh.. dia x cuti. :'( K. Takpe. Life must go on. Eh, takde kena mengena pon. Perjalanan ke KLIA tu, dalam 1 jam jugaklah. Ape lagi weyh. Tido ah. Haha.. 
 Lepas dah scan bagasi tu, pegi kunci bag untuk masuk dalam kapal terbang. Bagasi masuk dulu,baru tuannya. Haha. 
Ini lah yang join sekali. Lepas bergambar nie, kitorg still ade masa untuk solat Subuh. Agak penuh lah surau tu. Lepas solat Subuh.. kitorg pegi scan beg tangan, beg sandang dan badan. Still kena tunggu jugak. Tunggu agak lama jugak lah dengan perut lapar yang amat weyh. Tak makan langsung sung sung sung.. perut pon kosong kosong..
 










 Yay! Dah boleh naik. Btw, kami naik Air Asia k. Haha. Poyo jap.Penerbangan kitorang ke Indon nie mengambil masa 1 jam lebih jugak. Sampai sana dalam pukul 9 kot jam Malaysia. Jam Indon pukul 8 lah. Fyi, jam di Indonesia lewat sejam dari kita. So, tak perlulah set jam balik. Turun je flight, rasa bangga pulak disambut sampai cenggitu sekali. Haha. Awal lagi kot.
Haaaa.. lepas dah scan passport, jari, ibu jari dan muka... barulah boleh ambik beg. Panjang gile2 barisan. Sesudah cikgu yang lain pon amik beg, baru pergi ke bas. 

 







Inilah bas kami. Comel enn. Haha. Bas nie yang kitorang naik since dari airport, sampai last day pergi airport balik. Yang menceritakan segala adat di Indon oleh cik Zam, kami dibawa ke kedai makan. Like seriously, rasa bahagia sangat2. Perut tengah lapar sangat time tu. 
Destinasi pertama di Indon. Haha. Haaaa... bangunan nie kan, dipanggil rumah minang. Cause, ade bahagian yang runcing/tajam tu tau. Dekat tempat yang kitorang pegi nie... hampir sepanjng jalan jugak ade rumah minang nie. Alahai... Minangkabau tu lah. Destinasi seterusnya... ke
 Haaa... tudia. Nie baru nama tempatnye. Nak tengok air terjun nye? Tak nak sudah. Kalau nak silakan.













Maaf, muka pucat. And, orang kata, kalau sapu air tu dekat muka.. muka akan kelihatan muda sedikit. Kalau sapu dekat tangan je, tangan jelah muda an. Haha. Betul tak betul tu... tanyelah orang di sana ye.  Le next destination.... *jeng jeng jeng*
Yeah! Semangat pulak. Haha..Kalau tengok pada keterangan gambar, mesti korang igt pukul 1, 2 lbih an. Haa.. actually, pukul 12 lebih rasanya. Dekat tempat tu, kitorang kena dengar cerita zaman dulu kala lah diceritakan oleh orang Indon tu lah. Lepas dah dengar cerita tu, kitorang dibenarkan untuk melihat sekitar rumah tu. Serius besar. Ada banyak bilik, tapi... bilik tu kecik. kecik weyh. Then, boleh cube baju pengantin dekat situ. Cantik-cantik. Haha.. 
And lunch of course. Kami makan di Pak Datuk. Pak Datuk k.. bukan Mak Datuk. Lauk not bad. Sedap. Banyak jenis. 








Haaa.. benda wajib gile time pergi Indon bagi ibu2. Kedai kain lah ape lagi an. Dekat Indon nie, shopping kain memang boleh lupa diri. Dah lah cantik, murah pulak tu. Tapi, kalau nilai mata wang dorang memanglah nmpk mahal. Beribu-ribu rupiah. Tapi, nilai mata wang Malaysia atas RM50 pon ade yang cantik. Mula2 pegi butik Putri Miang tu dulu, semua orang turun dari bas. Then, yang Linduang Bulan tu, masing2 dah tak larat, aku dah sah2 tidurlah. Lepas shopping nie, memang tempat yang dinanti-nantikan. 
Yay! hotel yay! Haha. Kitorang ambik 3 bilik lah. Sbb 6 orang. Satu bilik 2 katil. Yang 105 tu, me and Sofea. 106 tu, ibu dengan ayah. And the last key 107, abg2. Ibu ambik tengah2 sebab, senanglah nak pegi bilik ibu. Tapi, serius lah suka tidur dekat resort nie. Nak kata kecik pon tidak. Besar boleh tahan. Cuma tak bestnya, setiap saluran cerita Indon. -_- And the awesome thing is... ade Wi-FI babe! Haha. Tapi, tak berapa online pon. Bateri phone memang cari gaduh je. Btw, aktiviti masih dijalankan. Kitorang diberi masa untuk rehat, solat dan siap2 untuk makan malam.
Dinner yang tersangat awal for me. Lepas Maghrib (6.25) terus makan. Hebat an. Haha.. Lepas makan tros balik lah. Kata cik Zam, orang dekat situ.. tdur pukul 9. Amacam weyh? Setuju? Malam masih muda. Ape lagi, masuk bilik on Twitter lah. Tapi sekejap je. Mata den tak larat. Begitu juga dengan bateri phone. Haha. So, this is my first day story. Hari pertama dah panjang berjela. Ade lagi hari2 lain. Nantikan. Doan2kan lah aku ade masa k. >_<

P/S 
-Klik pada gambar untuk tumbesaran. LOL
-Gambar yang lebih banyak, tengok di FB (Izaura Nur Izzaty)