Thursday 16 July 2015

Last Ramadhan 2015

Assalamualaikum

"Dah akhir ramadhan baru hengko nak update ehh" Tanpa segan silu aku teruskan menaip. Sorry for those yang tunggu aku mengucapkan 'Salam Ramadhan' di blog ni (even aku tau takde pon sebenarnya. sobsob). I'm not the type yang blogging everytime ehh. no. no. no.

So, untuk teruskan cerita berdasarkan tajuk.. mari kita kupas satu persatu gambar. Eh, tak tak. Aku je kupas. Korang, baca. Hahaha. 


Ni lah dia, mentang mentang aku kata kupas.. memasing nak tunjuk jari. You know what yang pelik bin ajaib sangat malam terakhir dekat asrama (Acah, 'terakhir' sangat) my dormmates and me haha, tidur lambat and we are the type yang memang tidur pon dah macam beruang kutub sangat. Tidur memang kalau boleh nak kena cukup cukup masa. Kalau boleh lebih. Ok.


So as you all expected, yes.. Majlis Khatam Quran. I think, majlis ni memang dibuat oleh semua sekolah. I think lah. Before majlis tu start, of course ade yang bagi ceramah right?


Nak terkejut lagi sekali. The whole time ceramah, I can't sleep like others. Nak kata dengar dengan tekun tu memang membongak lerr.. Tapi sedikit perasaan nak tidur tu pon tak terbit dalam hati. Ok. Teruskn membaca.
Haaa kauuuu. Betapa sedikitnye jumlah kaum adam hari tu. Memang terkejut ah sebab semalamnye (Isnin) Whole hall penuh. Esoknnye (the day I've been update this) lesap semua. Yang duduk luar tu memang aku mengerti. Yang dekat asrama ni. hm hm. Ghaib.


So after ucapan tu ucapan ni (dari pengarah pon I will skip), bermulalah yang sebenar benar benarnya khatam quran. dengarlah suara lunak kaum adam ni mengaji. Subhanallah :')


Lepas khatam quran ni, of course  ade yang terima duit tu enn. Yang terima nye happy lah. Yang nengok kat bawah ni, yang nengok ni hanye mengharap bakal dapat. Sedih ko tau. Ok. Hentikan sandiwara ni. 

Imagine program habis 10.20 dan kau mengharapkan dapat naik asrama terus after that walaupon dah dikhabarkan dekat parents balik pukul 1.30. (janji dapat baring enn) Tapi, semua tu hanya imaginasi. Cikgu arahkan kami kemas kelas dalam masa sejam pastu baru boleh balik. Kau rasa?


"Aku dah cun cun pakai baju batik ni disuruhnye kemas kelas" "Bukannye ade orang beraya pon dekat dalam kelas kite ni" Bebel kami sambil memegang penyapu dan menyapu lantai, meja, kerusi, tingkap kelas semua nak disapu. 

Kelas bukan besar mana pon dibagi tempoh sejam tu, makanye...



Sebab 'paantakdapatduitrayasbbdahbesa' dengan 'anamtakbalikrayajimattol' je dalam kelas. Nah gamba hengkorang. 

Time amik angin, acu meriam pendek Canon aku ni, tetibe jiran jauh dok lambai lambai siap buat peace lagi. Hengko ingat ape nak lambai lambai haa


Pandai pandai hengko lah zoom ke crop ke gamba tu.

"Korang rapat lah sikit, terkeluar frame" type of gambar be like that. Bayangkan, tempat sesempit sempit alam tu jugak nak amik gambar. Ntah pape ntah. haha.

So, this is the end of the entry. Yang baca tu terima kasih sebab aku rasa takde point langsung sung sung entry ni yang ada hanyalah lawak hambar. Takmau marah marah eh anak anak.


Happy Eid Fitri / Happy Hari Raya

Do read do follow