Showing posts with label Kosong-kosong. Show all posts
Showing posts with label Kosong-kosong. Show all posts

Thursday, 16 July 2015

Last Ramadhan 2015

Assalamualaikum

"Dah akhir ramadhan baru hengko nak update ehh" Tanpa segan silu aku teruskan menaip. Sorry for those yang tunggu aku mengucapkan 'Salam Ramadhan' di blog ni (even aku tau takde pon sebenarnya. sobsob). I'm not the type yang blogging everytime ehh. no. no. no.

So, untuk teruskan cerita berdasarkan tajuk.. mari kita kupas satu persatu gambar. Eh, tak tak. Aku je kupas. Korang, baca. Hahaha. 


Ni lah dia, mentang mentang aku kata kupas.. memasing nak tunjuk jari. You know what yang pelik bin ajaib sangat malam terakhir dekat asrama (Acah, 'terakhir' sangat) my dormmates and me haha, tidur lambat and we are the type yang memang tidur pon dah macam beruang kutub sangat. Tidur memang kalau boleh nak kena cukup cukup masa. Kalau boleh lebih. Ok.


So as you all expected, yes.. Majlis Khatam Quran. I think, majlis ni memang dibuat oleh semua sekolah. I think lah. Before majlis tu start, of course ade yang bagi ceramah right?


Nak terkejut lagi sekali. The whole time ceramah, I can't sleep like others. Nak kata dengar dengan tekun tu memang membongak lerr.. Tapi sedikit perasaan nak tidur tu pon tak terbit dalam hati. Ok. Teruskn membaca.
Haaa kauuuu. Betapa sedikitnye jumlah kaum adam hari tu. Memang terkejut ah sebab semalamnye (Isnin) Whole hall penuh. Esoknnye (the day I've been update this) lesap semua. Yang duduk luar tu memang aku mengerti. Yang dekat asrama ni. hm hm. Ghaib.


So after ucapan tu ucapan ni (dari pengarah pon I will skip), bermulalah yang sebenar benar benarnya khatam quran. dengarlah suara lunak kaum adam ni mengaji. Subhanallah :')


Lepas khatam quran ni, of course  ade yang terima duit tu enn. Yang terima nye happy lah. Yang nengok kat bawah ni, yang nengok ni hanye mengharap bakal dapat. Sedih ko tau. Ok. Hentikan sandiwara ni. 

Imagine program habis 10.20 dan kau mengharapkan dapat naik asrama terus after that walaupon dah dikhabarkan dekat parents balik pukul 1.30. (janji dapat baring enn) Tapi, semua tu hanya imaginasi. Cikgu arahkan kami kemas kelas dalam masa sejam pastu baru boleh balik. Kau rasa?


"Aku dah cun cun pakai baju batik ni disuruhnye kemas kelas" "Bukannye ade orang beraya pon dekat dalam kelas kite ni" Bebel kami sambil memegang penyapu dan menyapu lantai, meja, kerusi, tingkap kelas semua nak disapu. 

Kelas bukan besar mana pon dibagi tempoh sejam tu, makanye...



Sebab 'paantakdapatduitrayasbbdahbesa' dengan 'anamtakbalikrayajimattol' je dalam kelas. Nah gamba hengkorang. 

Time amik angin, acu meriam pendek Canon aku ni, tetibe jiran jauh dok lambai lambai siap buat peace lagi. Hengko ingat ape nak lambai lambai haa


Pandai pandai hengko lah zoom ke crop ke gamba tu.

"Korang rapat lah sikit, terkeluar frame" type of gambar be like that. Bayangkan, tempat sesempit sempit alam tu jugak nak amik gambar. Ntah pape ntah. haha.

So, this is the end of the entry. Yang baca tu terima kasih sebab aku rasa takde point langsung sung sung entry ni yang ada hanyalah lawak hambar. Takmau marah marah eh anak anak.


Happy Eid Fitri / Happy Hari Raya

Do read do follow

Friday, 29 August 2014

Hari seronok

Assalamualaikum

Sebelum-sebelum aku pernah dengar orang cakap, perempuan yang masuk KV ni semua low class lah, lasak lah. And kami sebagai pelajar KV will reply them…

Kesah pulak haku.

The fact yang aku dapat almost 1 year stay kv ni is, Alhamdulillah even ramai lelaki dalam satu kelas… tapi dorang ‘baik-baik’ belaka.

Sebenarnya dah melalut jauh sikit dah ni. Actually hari Selasa bersamaam 26/08/2014 haritu… cikgu-cikgu EL (Elektrik) dah bersepakat nak buat jamuan. So, kami dengan hati yang ringan bab-bab makan ni, mmg setuju ajelah. Dah alang-alang tahun 1 dan tahun 2 hari Selasa tu memang waktu bengkel je, lagi senang ah keje.
A few of us (junior) yang bertuah telah dipilih oleh cikgu untuk masak, kemas and so whatever. Jadi yang tahun 2 akan belajar sekejap sementara kami-kami menyediakan makanan untuk mereka. (ececeh ayat). On that time aku dan Wa pon memulakan sikap mulia tak kira tua atau muda, atau bahasa mudahnye… selfie. Hahaha.
The best thing yang korang akan Nampak time-time camni is unexpected thing. Imagine, mee yang cikgu suruh rebus… pon boleh kembang. Erm, I think semua akan cakap… learn from mistakes enn. Tapi, kembang-kembang pond orang bedal jugak enn. Kitorang pon macam….. “Fiuhhhh, naseb baik habis mee tu” Mwahaha

Oh, on that day, kami ade 2 trip makan that is breakfast yang dah macam brunch and lunch. Lepas ‘breakfast’ tu, kami tukar baju and…….

Tadaaaaaa… Comel enn? Mengaku jelah. Tak perlu pendam. Eh? Hahha.kbye.

And after kitorang pergi bengkel tu, pergh pergh pergh. Warna warni betul bengkel kami that day. Lepas tukar baju tu, jangan igt kitorang takyah buat kerja dah. Nak makan ape kalau tak masak? Makan angin jelah hengko. Biar perut masuk angin secara berjemaah.
 
Jadi, after we decide… ada yang goreng ayam, masak nasi goreng, potong itu, potong ini, buat air dan blablabla. Alhamdulillah at last….. banyak gile hasil makanan tu semua and semua habis ditelan oleh pelajar EL berjemaah di bengkel.
Time kami-kami ni masak, yang takde kerja, perlulah men’join’ bacaan yasin di bahagian depan bengkel. I mean, sbb bengkel ade 2 bahagian, so… bahagian depan. Paham?
And after bacaan yasin tu tamat, semua bawak diri dan perut kosong mereka ke bahagian belakang. Nasib baik sempat siap. Itupon nasi cepat habis dan ayam. Yup. Sape tak suka ayam enn.
Anyway, selalunya kami habis kelas pukul 5 tapi disebabkan haritu ade latihan rumah sukan, kami dibenarkan pulang jam 2.40 petang dan haritu kami pulang jam 3 lebih. Baku tak? Hahaha Jadi, Alhamdulillah lagi dan lagi sebab hari ‘itu’ pernah jadi.




Thanks for reading
Do read, do follow

Wednesday, 6 August 2014

Rayaaa kosong-kosong

Assalamualaikum

Aip! Jawab salam dulu. Btw, I had a reason why I’m not here for a long time. Rindu gile blog gua *tears down*. Now, nak cite pasal Raya untuk tahun ni. Ikr tahun ni tema raya ‘Kosong- kosong’ so my mesej (and I think yours too) semua about “kosong-kosong eh?” -_- Anyway, tahun ni our raya is not so gempak.
 
Yeah, kereta kitorang bukanlah rosak sangat or what. Just pagi raya tu, kitorg baru perasan ‘sensor’ yg kitorg kena cucuk sebelum start enjin kereta tu missing. Yup. Missing. So, kereta kami x dapat dihidupkan and on that day, we borrowed abang kepada ibu punya kereta. Naseb baik muat weh sbb kereta yg dia pakai tu, ‘Grand Livina’. So we were like ‘Alhamdulillah’ together.

Before that, I’m forgot to introduce our colour untuk tahun ni. For those yang dah tahu tu, tahniah *tepuk tangan* sbb follow kami dkt ‘laman sosial’. And for those yang tak tahu… this is our colour.
Hijau? Yup. Cuma… me dengan ibu punya warna nearest to warna turquoise. Tapi, ‘Ada aku kesah?’ *sambil angkat kening*. But, tak gempak mane pon gempak jugak sebenarnya sbb…
Mwahaha.. tak kesah korg nak cakap jakun ke raccon ke we don’t care. Sebenarnya thun ni kami beraya 2 rumah je weh. DUA je from belas-belas buah rumah sebelum ni. So, nie rumah pertama and we got duit raya! Yay! Eh? Hahah.. And sebelum-sebelum nie rumah pertama ni susah sikit nk dpt duit raya. But this year, dimurahkan rezeki… kami 5 beradik dpt. LOL.

After rumah kedua tu.. kitorg terpaksa balik rumah nenek sbb kereta tu ade appointment dengan ‘pomen’. *google for yg tak tau* So, pukul 2 kitorg sampai rumah nenek sbb tak baik buat orang menunggu kita, kita tunggu orang takpe *thumbs up*. Sementara tunggu ‘pomen’ tu sampai, mcm tak biasa pulak enn nak buat ape *tunjuk gigi*
http://izaura98.readthisstory.net/m
Lepas dah berpeluh-peluh kitorg melompat-lompat bagai, kitorang naik buatlah ape yg patut but it doesn’t take too much time until we………………………. Sleep. Yup. First day raya kitorang tido tengahari yang orang lain tengah sedap buncitkan perut, senyum-senyum dekat tuan rumah sbb nak amik hati, photoshoot dekat tempat-tempat gempak but kami? Tidur. Petang tu, kitorang pegi ziarah kubur arwah atuk dengan jalan ramai-ramai. (nasib baik dekat)
 Anyway our night before kitorang balik rumah sbb nak amik that sensor spare using kereta orang, our cousin made a qasidah. Subhanallah suara mereka erm erm nice.



http://izaura98.readthisstory.net/my-8071110
After that, kami gerak balik rumah. Safely arrived at home about 12 something at night. It’s okay. And esoknya kami beraya lagi and except MAKAN, kami dapat satu aktiviti menarik di hari raya.

http://izaura98.readthisstory.net/my-8071110
Dengan pakai baju kurung nya, ibu mengait, kami dok ketuk-ketuk rambutan tu sbb ade semut. But then, tibe-tibe hujan and ibu suruh masukkan je rambutan tu dalam plastic even ade semut. Ok ibu. Ok. We’re wasting our time buang semut yg ade dekat rambutan tu.

So, that is my raya story tahun ni. I know korang punya cerita raya lagi gempak, tapi tak share dengan aku, merajuk forever.

Thanks for reading
Do read, do follow